Bulan puasa bakal menguji bakal-bakal ibu yang sedang hamil..Bagi yang mampu untuk berpuasa,inilah masanya untuk berpuasa dan beribadat sepenuhnya tetapi bagi yang tidak mampu kerana khuatir akan memberi kesan kepada kandungan,diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa tetapi jangan lupa untuk mengganti puasa..
Aku sangat gembira kerana mampu berpuasa penuh ketika aku hamil..Semasa bulan puasa,pastikan anda bangun bersahur dan berbuka jika anda ingin berpuasa..Banyakkan bersabar kerana wanita yang hamil dan berpuasa lebih penat berbanding wanita yang tidak..
Artikel di bawah ini aku kongsikan bersama untuk memberikan idea bagi bakal-bakal ibu untuk berpuasa dengan lebih selesa..
Bagaimana saya boleh berpuasa dengan lebih selesa semasa hamil?

Jika anda berpuasa sudah pasti anda tidak akan boleh makan dengan kerap, namun begitu antara berbuka puasa sehingga waktu sahur, anda boleh makan lebih daripada dua kali.
Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
Mengambil hidangan yang bernutrisi dan seimbang akan membantu mengekalkan berat badan anda dan mengelakkan:
- sembelit
- sakit kepala
- ketakcernaan
- keletihan
- pedih ulu hati
Adakah terdapat cara yang ideal untuk wanita hamil berbuka puasa?
Tiada pelan makanan ideal yang perlu anda ikut dengan ketat, tetapi cubalah tip-tip berikut mengenai cara terbaik untuk berbuka puasa.
- Buka puasa dengan tiga biji kurma dan jus, susu atau yogurt rendah lemak, diikuti dengan sup, seelok-eloknya sup yang jernih.
- Buah kurma dan jus merupakan makanan yang baik untuk menaikkan tahap gula dalam darah kepada normal.
- Satu pinggan salad atau ulam sebagai pemula.
- Protin daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang kuda atau kacang buncis.
- Karbohidrat kompleks daripada beras perang dan roti gandum penuh.
- Sejumlah besar sayur-sayuran.
Adakah saya perlu makan sahur yang berat?
Hidangan sahur merupakan hidangan yang paling penting untuk diambil semasa bulan Ramadan untuk mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Jangan tinggalkan hidangan ini kerana ia akan memberikan anda nutrien dan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Ia juga akan mengurangkan simptom akibat kelaparan, seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
Hidangan sahur yang sihat bagi anda perlu terdiri daripada:
- Beras perang dan roti gandum penuh dengan buah kurma dan kuah kari.
- Bran atau bijiran serat tinggi dengan susu skim rendah lemak.
- Buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Saya suka minum kopi atau teh selepas buka puasa; Bagaimana mahu menggantikkannya?
Minumlah jus buah, bukan minuman bergas atau kopi dan teh. Minuman smoothie buah yang mengandungi susu, yogurt dan ais adalah minuman yang menyegarkan dan memberikan anda keperluan buah-buahan yang banyak dalam nutrisi harian anda. Sup sayur mengandungi pelbagai jenis sayur-sayuran yang akan menambah vitamin, mineral dan serat dalam diet anda.
Apa yang perlu saya tambah dan kurangkan dalam diet saya semasa bulan Ramadan?
Pada bulan Ramadan, tahap aktiviti anda akan berkurangan dan semasa kehamilan, anda akan menjadi lebih letih. Untuk berpuasa secara sihat, ingatlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
- Selepas makan malam, rehat seketika, kemudian bangun dan berjalan. Lakukan aktiviti yang ringan.
- Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur tetapi pastikan anda mengambil hidangan sahur.
- Minum banyak air selepas buka puasa dan sebelum sahur untuk mengelakkan penyahhidratan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan