Selalunya, kami hanya menepuk Madiihah perlahan-lahan dalam pelukan kami sehinggalah Madiihah tertidur..Artikel di bawah menguatkan lagi keputusan kami untuk membeli baby cot daripada membeli buaian untuk Madiihah tidur..
Keburukan tidur dalam buaian
Pernahkah kita mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris "Rock-a bye-baby" yang berbunyi seperti berikut “When the bough breaks, the cradle will fall, down will come baby, cradle and all?”
Lagu ini menceritakan bagaimana buai itu patah dan jatuh ke bawah membawa bersamanya bayi sekali. Sememangnya tiada tempat yang lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.
Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.
Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.
Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.
Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.
Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.
Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.
Hentak kepala (Head banging)
Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.Dua puluh peratus daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.
Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah dibawa menjalani pemeriksaan lanjut.Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.
Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak ‘mengugut’ untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan mereka.Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain.Mujurnya, kanak-kanak yang sihat tidak akan mengalami apa-apa kecederaan yang serius dengan tabiat ini.
Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang cukup untuk mendapatkan kerosakan otak.Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja yang normal.
Sumber dari http://www.oldtraffords.com/2010/11/kebaikan-dankeburukan-anak-tidur-buaian.html
Hampir sebulan lebih tidur kat bawah berlapikkan tilam bersama Madiihah dan suami menyebabkan terasa sakit belakang badan..Masa berpantang tu aku dan Madiihah memang tidur di atas katil tapi suami tidur di bawah..Risau jika tidur sekali,tak sedar tertindih Madiihah..Bila fikirkan baik buruk,akhirnya baby cot Madiihah dibeli juga..
Baby cot ini bila Madiihah dah besar sikit,boleh dilaraskan ke bawah jadikan playpen..Dapatlah aku dan suami tidur atas katil kami semula..Madiihah pun tidur sebilik dengan kami..Senang jika dengar Madiihah menangis atau terjaga tapi memang takkan boleh tidur lena dah bila bergelar ibu ni..Ayam pun boleh tidur lagi walaupun tidur-tidur ayam..=)
Selalunya bila baby girl ni,semua benda nak beli warna pink tapi aku memang kurang sikit dengan warna ni..Jadi aku belilah warna hijau..Kalau aku mengandung lagi dan adik Madiihah lelaki atau perempuan, bolehlah guna lagi baby cot ini..Jadi,tak menjadi satu pembaziran nak beli baby cot lain pula..Kalau dah memang tak digunakan,bolehlah jadi tempat menyimpan barang-barang..
Baby cot Madiihah..=) |
Rasa macam nak tidur je dengan suasana ni..=) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan