Welcome Blog


Jumaat, 8 Jun 2012

Pengasuh, Nursery, Keluarga atau Jaga Sendiri???

Assalamualaikum.
28 April 2012,tamat sudah cuti bersalin aku.Ini bermakna aku terpaksa meninggalkan Madiihah tersayang untuk bekerja.Ketika berpantang perkara paling merisaukan aku dan suami adalah memikirkan siapa yang sesuai untuk menjaga anak kami.

Dengan kes-kes bayi mati tersedak susu atau kemalangan di pusat asuhan kanak-kanak atau di rumah pengasuh,membuatkan kami berfikir banyak kali untuk menghantar Madiihah kepada orang lain untuk dijaga ketika kami bekerja.Keputusan harus dibuat.
Memandangkan kami suami isteri bekerja syif, amat sukar untuk mencari pengasuh yang sanggup menjaga di waktu malam dan pada hari Sabtu Ahad.Nak tinggalkan Madiihah pada mak mertua di Selangor pun tak sanggup.Berjauhan lagi membuatkan aku tak keruan untuk bekerja.

Kebanyakan rakan sekerjaku terpaksa meninggalkan anak mereka kepada ibu atau ibu mertua masing kerana masalah yang sama aku hadapi.Kesian melihat mereka terpaksa berulang alik ketika cuti untuk melihat anak mereka.Hanya gambar dan panggilan telefon menghilangkan kerinduan mereka.

Untuk bertukar dari bahagian syif ini ke bahagian waktu pejabat bukan perkara yang mudah.Kekosongan adalah terhad dan bahagian syif 24 jam ini memerlukan pekerja lebih dari bahagian pejabat.

Setelah berbincang hati ke hati dengan suami,aku mengambil keputusan untuk bertukar ke kumpulan lain agar dapat berselisih syif dengan suami aku dan tidak perlu menghantar anak kami kepada orang lain.

Rasanya ramai yang berada dalam situasi seperti aku.Hajat di hati nak berhenti kerja tapi disebabkan banyak tanggungan yang perlu diselesaikan menyebabkan niat itu terkubur begitu saja.Buat masa ini,bergilir-gilir menjaga Madiihah adalah yang terbaik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan