Madiihah dah 5 bulan 20 Jun ini..Seminggu ni asyik taknak menyusu bila tinggal dengan abahnya..Kalau minum pun,sikit sangat..Nasib baik aku boleh balik semasa waktu rehat dan susukan Madiihah tapi kesian kat abahnya lah..Bila taknak minum susu,lapar jadi nak meragamlah..Asyik berdukung saja..
Kenapalah taknak minum susu anak ma ni?Botolnya ke,putingnya ke atau susunya yang Madiihah jadi taknak minum susu walaupun lapar?Risau juga walaupun lepas ini aku bercuti panjang untuk menjaga Madiihah..
Ajak abahnya pergi cari botol susu dan susu baru kat Madiihah..Hope serasilah dengan Madiihah memandangkan susu badan aku dah makin berkurangan..Cari kat bahagian Pigeon,jumpa satu botol susu macam cawan siap ada pemegang..Harga dalam RM40++ lepas diskaun..
Rupanya,Madiihah dah taknak hisap guna puting dan botol biasa dah tapi tak boleh bercakap macam manalah kami nak tahukan..Caranya Madiihah memang tak minumlah susu..Bijak anak abah dan ma ini walaupun agak merisaukan kerana lebih lama Madiihah berlapar beberapa hari ini..
Botol susu Pigeon ini ada 3 peringkat..Peringkat pertama tu,puting biasa..Yang kedua ni macam teko punya tempat keluar air putingnya..Yang ketiga nanti dah ada straw pula..Macam-macam rupanya untuk perkembangan baby ni..Aku ingatkan dari kecil sampai dah tak minum guna botol susu,putingnya sama je..Hehe..
Botol susu baru Madiihah |
Botol sudu Madiihah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan