Mengandung adalah rahmat yang tidak terhingga yang diberi
oleh Allah kepada wanita. Namun begitu, perjalanan mengandung di trimester
pertama biasanya tidak indah oleh sebilangan besar wanita. Banyak simptom
mengandung yang agak mencabar, di antaranya adalah loya, muntah-muntah dan
kembung perut (bloating).
Melalui web livestrong.com, kembung perut adalah simptom
biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama dan
ia adalah kerana perubahan hormon dalam badan.
Hormon estrogen dan progesteron
meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot
termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang rehat ini yang
menyebabkan kita rasa kembung dan tidak selesa.
Terdapat 3 cara yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini:
Apabila pakaian yang dipakai agak ketat
dibahagian-bahagian ini, perut akan terasa 'ditekan' dan ini akan menambah
ketidakselesaan kita pada bahagian perut..Kadang-kala, ketidakselesaan ini akan
menyebabkan rasa loya yang menjadi-jadi dan ingin muntah.
Makan pada jumlah yang banyak juga pada sesuatu masa
tidak membantu mengurangkan masalah kembung, malah ia boleh menambah rasa
kurang selesa dan perasaan loya yang menjadi-jadi..Ibu mengandung disarankan
membawa bersama makanan ringan seperti biskut atau roti bersama-sama apabila ke
mana-mana tempat untuk mengelakkan perut berangin akibat lambat makan.
Elakkan makanan berangin yang boleh menambah kembung
perut..Masalah kembung ini mungkin berlarutan untuk beberapa bulan pertama
sahaja dan akan berakhir apabila kandungan mencecah trimester kedua dan
ketiga.
Ibu mengandung juga mencuba Peppermint Ginger Plus dari
Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah ini..Ia mengandungi 4 herba
semulajadi utama iaitu Halia, Peppermint, Fennel@Adas dan Cekur Manis yang
diproses dan dihasilkan dengan standard kajian klinikal yang teliti..Ia juga
mempunyai banyak kelebihan lain, di antaranya mengatasi masalah penghadaman dan
gastrik..=)
Sumber artikel http://tipsihatselalu.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan