Welcome Blog


Jumaat, 7 Februari 2014

Perbezaan Asid Folik Dan Vitamin B Complex..=)

Asid Folic atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid Folic diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil dan 3 bulan pertama selepas hamil. 
Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil Asid Folic yang secukupnya.

Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada Neural Tube Defect (NTD):
  • Keluarga yang pernah mengalami NTD
  • Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  • Mengambil ubat sawan
  • Kencing manis
  • Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil Asid Folic sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut.
Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.

Setiap kumpulan B Complex mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia.
1)Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu memberi tenaga dan mengurangkan keletihan.2)Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme Asid Amino.

3)Vitamin B12 dan Asid Folic memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel.
Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B Complex dan Asid Folic apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B Complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
 1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
 
8)      B12 - Cyanocobalamin
Vitamin B Complex yang dibekalkan secara percuma dari klinik kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu vitamin B1 - Thiamin,vitamin B2 - Riboflavin dan vitamin B3 - Niacin. 

Apabila si ibu mengambil vitamin B Complex dari klinik kerajaan dan Asid Folic,mereka masih kurang vitamin B5 - Panthothenic Acid,vitamin B6 - Pyridoxin,vitamin B7 - Biotin dan vitamin B12 - Cyanocobalamin.Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yang menghidap Diabetes.Hanya 1 tablet sehari diperlukan.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B Complex juga bertindak sebagai penenang dan anti stress,jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

Sumber daripada http://qissmemummyhealthy.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan