Welcome Blog


Sabtu, 8 Februari 2014

Kepentingan Kalsium Untuk Ibu Hamil..=)

Anda tidak suka minum susu,bau susu meloyakan?Tahukah anda bahawa wanita hamil memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari..Ini kerana 99 peratus daripadanya untuk tulang dan gigi manakala 1 peratus untuk darah dan jaringannya..Susu yang kaya dengan kalsium akan membuatkan keperluan kalsium mereka mencukupi.

APAKAH KEPENTINGAN KALSIUM?
  • Penting ketika proses ovulasi Proses ovulasi atau pembenihan yang menyebabkab terjadinya kehamilan juga melibatkan kalsium di dalamnya..Ia memberi tenaga kepada sperma untuk bergerak ke rahim..Komponen kalsium berada di hujung depan sperma dan membantunya memasuki membran sel telur.
  • Untuk TulangTulang adalah organ tubuh yang mengandungi 2 jenis kalsium iaitu karbonat dan fosfat..Kedua-duanya membentuk tulang yang padat dan kuat. Keperluan kalsium harian wanita hamil  meningkat kerana proses pembesaran janin. Jika pengambilan kalsium kurang,janin akan mengambil kalsium daripada tulang ibunya..Akibatnya tulang ibu kurang kalsium,menjadi rapuh dan keropos.
  • Untuk GigiJika ibu kurang kalsium,gigi mudah rapuh,berlubang,goyang dan tanggal. Itu sebabnya kehamilan juga dikaitkan dengan permasalahan gigi dan ketika hamil ibu memerlukan rawatan gigi
  • Untuk Jantung Kehamilan menyebabkan kerja jantung bertambah berat..Apa yang menyebabkan jantung secara berterusan berdenyut dan mengepam?Jawapannya ialah Kalsium..Ketika jantung mengepam,ion kalsium mengatur degupannya,kalsium pula mengaktifkan protein untuk menggerakkan otot jantung mengempis dan mengembang..Kekurangan kalsium melemahkan kemampuan otot jantung berdegup dan menyebabkan pelbagai penyakit jantung.
  • Untuk Sistem ImunSistem ketahanan tubuh bertindak melindungi dan menolak unsur asing manakala ion kalsium yang pertama memberi tanda "bahaya" dan mengarahkan sistem ketahanan badan bertindak melawan "musuh" dengan mengubah bentuk dan memusnahkannya..Jika ibu kekurangan kalsium, sistem kekebalan tubuh akan terganggu hingga kerjayanya tidak maksimum. Sistem imun yang terganggu memberi kesan sampingan gangguan kulit  sperti keradangan kulit dan jerawat.
  • Untuk pertumbuhan dan kesihatan janinSelama pertumbuhannya janin memerlukan 13 mg kalsium daripada darah ibu..Kecukupannya menjamin pertumbuhan tulang dan gigi janin yang kuat.
Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium fosforus dan Vitamin D,Zinc,Kuprum,Manganes dan Boron.

Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral..Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan..Sesuai untuk semua golongan terutamanya ibu yang mengandung dan menyusukan bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan