Welcome Blog


Rabu, 26 Februari 2014

Kebaikan dan Khasiat Peppermint Ginger Plus Shaklee..=)

Peppermint Ginger Plus dari Shaklee mempunyai kelebihan dan kebaikan yang banyak setanding dengan vitamin-vitamin Shaklee yang lain. Kebaikan dan kelebihan yang ada pada produk ini menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna yang mempunyai masalah berikut:

  • Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
  • Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
  • Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
  • Mereka yang sering mengalami kembung perut
  • Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
Peppermint Ginger diperbuat dari bahan semulajadi dan bukan bahan sintetik.Ia telah diuji secara klinikal dan terbukti mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan.

Kelebihan Peppermint Ginger diterangkan melalui kandungan bahan herba terpilih iaitu 4 herba dari Barat dan Timur iaitu:
Pudina (Peppermint)
  • Melegakan otot perut ia mempunyai kesan penenang
  • Membantu dalam penghadaman
  • Membantu mengurangkan mabuk laut/darat
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit
  • Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul kesan dari rawatan kemoterapi
  • Pudina meransang pengeluaran peluh, oleh itu menyekat demam apabila seseorang itu mengalami selesema
  • Rasa sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan meningkatkan fokus
Halia
  • Halia merangsang rembesan enim salvia untuk pencernaan makanan
  • Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung dan selepas melahirkan anak (semasa pantang)
  • Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan
Pokok adas (fennal)
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut.
  • Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu.
  • Juga dapat membantu dalam masalah elergi dalam saluran usus.
Cekur Manis (anise)
  • Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. 
  • Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak
  • Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan,menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba dimusim panas dan lembab
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan