Welcome Blog


Sabtu, 8 Februari 2014

Kepentingan Kalsium Dan Kesan Kekurangan Kalsium Kepada Ibu Hamil

Umumnya kita memang sudah tahu kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat..Sebenarnya banyak lagi kepentingan kalsium yang mungkin kita tidak tahu atau tak pernah ambil tahu..=)

Apabila seseorang wanita itu hamil,bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta sihat..Kalsium ini bukan sahaja penting untuk tulang tapi juga penting untuk mengawal degupan jantung,saraf dan otot yang sihat. 
Darah kita juga memerlukan kalsium yang cukup untuk pastikan proses pembekuan darah berlaku dengan sempurna..Jadi, tiada masalah darah tidak berhenti mengalir keluar kalau jari atau anggota badan kita tercedera..Ibu hamil juga perlu memastikan badan tidak kekurangan kalsium supaya proses pembekuan darah sewaktu proses kelahiran nanti berjalan lancar supaya badan tidak kehilangan terlalu banyak darah yang boleh mengakibatkan kematian.

‘Simpul biawak’ atau orang pantai timur panggil ‘nyetok karung’ atau bahasa bukunya kejang biasa berlaku pada wanita hamil terutamanya bila kandungan telah memasuki trimester ke 2..Kalsium sangat penting dalam pembentukan dan kontraksi otot..Kalau anda seringkali mengalami kekejangan otot atau cramp,itu tandanya badan anda kekurangan kalsium. 
Kebiasaannya wanita hamil lebih terdedah kepada masalah kejang otot ini sebab bayi di dalam kandungan telah mengambil kalsium dari badan ibu yang kekurangan kalsium..Masalah ini akan berlanjutan lebih-lebih lagi jika ibu menyusukan anak dan tidak makan makanan yang mempunyai sumber kalsium secukupnya..Kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan oleh ibu untuk disalurkan melalui penyusuan susu ibu kepada anak.

Macam mana nak tahu badan ibu kekurangan kalsium?Cuba periksa diri anda ada tak mengalami salah satu dari kesan kekurangan kalsium seperti di bawah:

- Sakit sendi

– Kuku senang patah
– Ekzema
– Kenaikan paras kolesterol dalam darah
– Tekanan darah tinggi
– Insomnia
– Kekejangan otot
– Kebas tangan dan kaki
– Gemuruh
– Rheumatoid arthritis
– Gigi mudah patah atau mereput
– Depresi
– Hyperaktif

Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium setiap hari..Sumber kalsium boleh diperolehi dari produk tenusu seperti susu,keju,yogurt dan sebagainya..Kalsium masih perlu diambil walaupun ibu telah pun melahirkan anak atau telah tamat tempoh penyusuan..Badan kita perlukan kalsium untuk menguatkan dan memelihara tulang daripada mereput (Osteoporosis) di kemudian hari.
Info Tambahan:

Tahukah anda kalsium juga penting untuk mengawal berat badan?Menurut “The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism”,May 2000 ; Amalan pemakanan yang sihat dan pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian dapat mengelakkan masalah obesiti..Kajian mendapati bahaya obesiti ini adalah kerana ia meningkatkan risiko untuk mendapat Diabetes Type 2,kanser dan juga sakit jantung.

Di samping amalan pemakanan yang mengandungi kalsium,ibu juga digalakkan untuk mengambil suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix untuk memastikan kalsium berada di tahap optimum dalam badan..Jika ibu ingin mengambil suplemen kalsium,pastikan ianya mengandungi kalsium,magnesium dan juga vitamin D kerana kalsium semata tidak akan dapat diserap dengan baik oleh badan jika tidak dibantu oleh magnesium dan vitamin D. 

Osteomatrix adalah suplemen yang membekalkan Kalsium,Magnesium dan dilengkapi Vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik dalam tubuh badan.
Ostematrix Shaklee membekalkan:

~ 1,000 mg (100% Daily Value) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
~ 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
~ 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
~ Mineral seperti mangan, kuprum dan zink mengukuhkan lagi matriks tulang anda dan memastikan kesihatan tulang berada di tahap yang optimum.

Sumber daripada http://mama2r.com



PM untuk maklumat lanjut dan harga terbaik dengan menjadi ahli Shaklee!!!♥

Perunding Vitamin Anda
♥ Nurul Aishah Mohamed
♥ Shaklee Independent Distributor di kawasan Bandar Enstek,Kuarters KLIA,Salak Tinggi dan Kota Seriemas
 Contact No : 010-8860786
 Email : milky_galaxie@yahoo.com

2 ulasan: