Welcome Blog


Rabu, 5 Februari 2014

KEPENTINGAN HEMOGLOBIN SEMASA HAMIL

Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangkamasa kandungan.

Ini semua masalah untuk bayi..=(
1. Kandungan kurang dari 5 bln ( < 20 minggu )
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis sebagai contoh pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota-anggota lain. Jika darah kurang pekat ( < 11g/dl ), jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat contohnya tiada kaki dan tangan dengan sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.

2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan ( 20-28minggu )
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.

3. Kandungan 7 bulan ke atas ( 28-40 minggu )
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah ( < 9g/dl ), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan.Jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Ini pula kesannya pada ibu-ibu..=(

Jika Hb kurang,ibu akan cepat berasa letih,kadang-kadang akan mengalami sesak nafas,pening-pening dan rasa nak pitam,jantung bergerak laju atau berdebar-debar (palpitation).

Jika semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah,darah akan bertambah cair dan ini boleh membawa kepada kerosakan jantung,paru-paru,buah pinggang dan boleh membawa maut.
Perbezaan sel darah merah normal dan sel darah merah anemia
APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DLM DARAH?

Tips 1 :
--> Makan hati ayam setiap hari sama ada goreng atau masak mengikut kesukaan.

Tips 2 :
--> Makan makanan laut, kerang, ikan bilis.Boleh juga tetapi tidak secepat makan hati ayam untuk naikkan Hb.

Tips 3 :
--> Makan pil atau vitamin tambah darah (yang doktor selalu bagi itu) mengikut apa yang ditetapkan..Perlu makan hari-hari kerana Hb akan bertambah 1g/dl jika kita makan vitamin selama 10 hingga 14 hari secara berterusan..

Tips 4 :
--> Jangan makan pil tambah darah dengan air susu contohnya teh susu, kopi susu dan sebagainya kerana ia akan mengurangkan penyerapan vitamin tersebut.Nanti sia-sia sahaja makan tetapi rupanya tidak diserap dgn baik, Hb pun tak naik.

PESANAN : 
MAKANLAH VITAMIN DENGAN BETUL SETIAP HARI.Insyaallah Hb (kepekatan darah) ibu-ibu sekalian akan naik dengan cepat.

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Disebabkan kepentingan zat besi dalam diet harian,multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi telah diformulasikan oleh Shaklee iaitu Vitalea.Kebanyakan set kesihatan yang kami sediakan juga mengandungi Vitalea kerana dapat meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.Kesannya,badan lebih bertenaga,cergas dan tidak lagi mengalami keletihan atau kelesuan yang melampau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan